Apabila Nafsu Menguasai Diri Maka Akan Gelap Gulitalah Cahaya Hati
Apabila nafsu menguasai diri
Maka akan gelap gulitalah cahaya hati
Apabila hati diselimut gulita
Akan sempitlah fungsi akal
Bila logika diseret dan tersempit
Akan buruklah tingkah lakunya
Bila kelakuan menjadi buruk
Akan dibenci kebanyakan makhluk
Bila telah dibenci kebanyakan makhluk
Jadilah dia pengikut syaitan terkutuk
Bila menjadi budak syaitan terkutuk
Semakin terhijab dari Tuhan Rabbun Ghafur,
Nafsu ada hawa yang tersembunyi
Yang sentiasa berusaha menakluk hati
Bila seseorang selesa mengikuti
Akan terjerumulah diri kejalan neraka Ilahi
Menentang nafsu, ialah penentangan yang paling sukar
Kerana insan harus menentang melawan diri
Nafsu musuh yang tidak berlembaga
Hadirnya sukar untuk dirasa
Sulit untuk membeza
Antara kemahuan nafsu dan kemahuan suka rela hamba
Nafsu tak dapat dijangka
Tidak berlembaga
Tak dapat dilihat oleh mata
Kerana nafsu sentiasa ditanah jiwa
Merasuk dan menghasut manusia
Agar menakluki kesedapan dunia
KERANA NAFSU TAK PERNAH KENAL DOSA DAN PAHALA
Sumber https://www.samsulasia.com/