Ucapkan Jazakallahu Khairan
Ucapkan Jazakallahu khairan
عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ
Dari Usamah bin Zaid RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya kemudian ia membalasnya dengan menyampaikan “Jazaakallahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR. Tirmidzi No:1958) Status Hadis: Hassan
Pengajaran:
1. Antara adab seorang Muslim apabila mendapatkan kebaikan menyerupai dukungan atau hadiah, sewajarnya dibalas kebaikan dengan yang setimpal.
2. Jika kita tidak bisa memberi jawaban yang setimpal, berilah ucapan terima kasih kepada penyumbang sebagai satu dari cara kita bersyukur.
3. Ucapan “terima kasih” yang terbaik diungkapkan yaitu kalimah “Jazakallahu khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Kalimat ini lebih bernilai kerana mengandungi doa di dalamnya.
Jazakallahu khairan pada yang setia membaca 1 hari 1 hadis pada tahun 2018 yang berakhir hari ini. Semoga tahun 2019 lebih bermakna buat kita.
01hb January 2019
24hb Rabiul Akhir 1440
Sumber https://www.samsulasia.com/